Monday, 29 January 2018

TEMPAT MENAWARKAN PERHIDMATAN MAKANAN



Image result for gambar makanan
                                           

HAI ASSALAMMUALAIKUM SAYA ASYRAF BIN SAHRUDDIN .SAYA ADALAH PELAJAR MSU COLLEGE SHAH ALAM DAN SAYA MENGAMBIL KOS SENI KULINARI ..SAYA AKAN MENCERITAKAN KEPADA ANDA SEMUA TEMPAT YANG MENAWARKAN PERHIDMATAN MAKANAN .SAYA AKAN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TEMPAT -TEMPAT YANG MENARIK YANG SAYA AKAN KUNJUNGI NANTI. 







FINE DINNIG:-

NANDO'S CITTA MALL





Assalammualaikum semua ,saya akan berkongsi serba sedikit tentang nando's dan saya akan memberi perkongsian mengenai nando'sRestoran ini diasaskan pada tahun 1987 di pinggir bandar Johannesburg Rosettenville apabila jurutera audio kelahiran Portugis, Fernando Duarte mengambil rakan usahawannya, Robert Brozin untuk mengambil alih Portugis yang dipanggil Chickenland untuk makan. Setelah mencuba ayam, dimasak dalam piri piri, sos cili Portugis yang terbuat dari lada dengan nama yang sama di Mozambique, mereka membeli restoran itu untuk kira-kira 80,000 rand (bersamaan dengan kira-kira £ 25,000 pada masa itu). Mereka dinamakan semula restoran Nando selepas anak sulung Fernando. Selepas dua tahun, restoran itu mempunyai empat cawangan: tiga di Johannesburg dan satu di Portugal. Menjelang 2013, kira-kira 1,000 cawangan Nando berada di 35 negara.



Selain itu ,servis nando's ialah table servis ,bagi cadangan saya bagi anda semua ingin merasai suasana seperti ala-ala portugal  dan masakan yang sangat sedap ,saya akan berkongsi menu untuk anda semua Setelah 18 tahun jenama Nando's bertapak di Malaysia tidak pernah mengecewakan peminat setia Ayam  Panggang PERI-PERI Pedas mereka. Begitu juga dengan hidangan sampingan lain yang melengkapi antara satu sama lain.



MENU




Keistimewaan Menu Baru Nando's

Korang juga peminat Nando's bolehlah pergi cuba menu baru yang diperkenalkan ini. Mesti korang puas hati dan akan datang lagi untuk nikmatinya. Macam Maha lah mula-mula ingat biasa jer tapi rupanya ada kelainan setiap hidangan baru mereka.

Kalau makanan Nando's tidak pedas tidak sahkan jadi menu baru ini lebih pedas dari biasa seperti Thigh & Mighty Sandwich ini. Dua peha ayam yang lazat diapit diantara dua keping Portuguese Rolls yang dibakar garing memberi rasa yang berbeza bila dikunyah. selaint itu ,nandos juga menawarkan set menu di yang berpatutan harga seperti di dalam menu tersebut ,Nandos juga menawakan menu istimewanya iaitu ayam peri -peri.nandos juga menjadi tarikan kepada pengemar ayam panggang yang disaluti sos yang pedas.

MENU TAMBAHAN

pelbagai menu tambahan seperti di gambar di atas ,Ini adalah auta yang paling tak masuk akal.bila tengok menu nandos sampai tahap tak tahu nak pilih apa sebab banyak sangat pilihan. Ayam dah confirm la kena amik kan, lepas tu ada 11 sidedishes untuk dipilih. Itu belum kira menu air dengan dessert lagi. Senang cerita, memang banyak lauk-pauk kat nandos nie. Pandai tak pandai je untuk pilih.Dengan pelbagai variasi menu di nandos memang berbaloi lah kalau nak menjamu selera disini.



WARUNG VIRAL:-


Assalamualaikum. Jika anda mencari makanan kuantiti yang banyak tetapi murah, sangat sesuai datang ke Nasi Bukit Padang Jawa yang menjadi tempat menarik di saha alam   Disini menu utamanya ialah masakan panas yang pelbagai menu. Jadi, sesiapa sahaja yang berkungjung di Shah Alam boleh datang ke sini untuk menikmati sendiri hidangan yang disediakan. 
Keistimewaan disini ialah berkonsepkan nasi membukit iaitu dengan kuantiti banyak tetapi harga yang mampu dibeli. Tidak hairanlah disini menjadi tumpuan pelajar di UITM Shah Alam untuk makan kerana murah. Nasi yang banyak sehingga boleh berkongsi dengan rakan yang lain. Jimat bukan? Jadi sesiapa yang ingin makan banyak tetapi mahu jimat datanglah ke kedai makan ini.
Selain daripada masakan panas, sesiapa yang mahu makan nasi ayam penyet, nasi ayam dan nasi set kambing juga disediakan disini. Pengemar nasi ayam atau nasi ayam penyet boleh berkungjung direstoran ini. Kedai ini dibuka pada waktu malam, jadi sesuai untuk makan malam santai disini bersama keluarga.
Datanglah ke kedai makan Nasi Bukit Padang Jawa ini kerana disini makanan yang dijual murah dan sedap. Bawa keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati sendiri makanan di sini. Kongsikan tempat makan menarik ini kepada semua pembaca dan admin juga telah masukkan kedai makan ini
Alhamdulillah, jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke kedai makan ini. Walaupun bukan restoran mewah tetapi cukup sesuai bagi mereka yang suka kepada masakan panas. Jika mahu datang, datanglah dengan lebih daripada seorang kerana anda pasti terkejut dengan kuantiti nasi yang sangat banyak yang boleh berkongsi.

Menu Utama

  1. Pelbagai Masakan Panas
  2. Nasi Ayam
  3. Nasi Ayam Penyet
  4. Nasi Set Kambing 

Nasi ayam yang ditawarkan di sini dalam kuantiti yang banyak dan sangat sedap ,selain itu ayam nasi ayam ini sungguh lembut isinya dan sangat puas hati bila  menikmati nasi ayam ini


Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
  • Alamat : 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Waktu Operasi :  5:00 p.m – 12:00 a.m
  • Facebook : Nasi Bukit 
  • Peta Lokasi : 



R&R SERI KEMBANGAN:-




Kawasan Rehat dan Rawat atau lebih dikenali sebagai R&R seri kembangan  dilengkapi dengan kemudahan untuk pengguna lebuh raya. Terletak di setiap 80-100 kilometer, kemudahan ini dijaga dengan baik untuk memastikan setiap pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebuh raya yang selesa dan lebih selamat. R&R seri kembangan sentiasa dinaik taraf dengan tumpuan khusus diberikan terhadap kebersihan keseluruhan terutama kebersihan tandas dan gerai makan.
Kebanyakan R&R kami menawarkan kemudahan lebih daripada sekadar tempat berhenti untuk orang ramai. Di antara kemudahan yang disediakan di R&R adalah taman permainan kanak-kanak, stesen minyak, surau bagi umat Islam, mesin ATM, wakaf (pondok rehat), telefon awam dan restoran yang halal dan mempunyai  gerai masakan panas dan berlauk 

PERONDA PLUS HIGHWAY
Pasukan PLUSRonda yang ditubuhkan pada 1 April tahun 1990, adalah pasukan khas kami yang ditugaskan untuk mengadakan rondaan dan memberikan bantuan kepada pelanggan kami di mana ia diperlukan.
Sebagai kumpulan barisan hadapan, anggota PLUSRonda juga memeriksa Telefon Kecemasan serta perlatan lebuh raya yang lain mengikut jadual yang ditetapkan, dan mereka memastikan kerja membaiki semua kerosakan dilakukan dengan segera.
Pasukan PLUSRonda bertugas 24-jam sehari, 365 hari setahun, dan ini mencerminkan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat dan lebih selesa untuk pengguna lebuh raya.
Di antara tugas-tugas pasukan PLUSRonda adalah:-
  •      Membantu membaiki kerosakan kecil kenderaan yang terkandas di lebuh raya;
  • Menunda kenderaan ringan (Kelas 1 sahaja) ke plaza tol atau Kawasan Rehat dan Rawat yang terdekat;
  • Menguruskan lalulintas dan menyelaraskan perkhidmatan bantuan kecemasan 
PLUS sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan PLUSRonda dengan memberi fokus terhadap pengurangan tempoh menunggu bantuan bagi pengguna yang terkandas di lebuh raya.

PONDOK POLIS R&R SERI KEMBANGAN



  • Selain itu, di R&R seri kembangan juga mempunyai pondok kawalan polis untuk menjaga keselamatan orang awam . Perkara sebegini amat dititik  beratkan kerana banyak berlaku kes kecurian 






CAFE HOSPITAL:-





Assalammualaikum saya telah pergi ke kafeteria hospital ampang untuk mengetahui  cara menawarkan perhidmatan makan ,serba sedikit info tentang pengendalian makan di kafeteria kekurangan premis makanan yang menawarkan pilihan makanan yang lebih sihat, bersih dan selamat merupakan salah satu faktor yang menghalang masyarakat untuk mengamalkan makan secara sihat.Oleh itu, penubuhan Kafeteria Sihat merupakan salah satu strategi yang dapat membantu menyediakan persekitaran yang menyokong dan mendorong masyarakat bagi mengamalkan makan secara sihat. Pengusaha premis makanan yang berminat boleh menghantar Borang Permohonan Pengiktirafan Kafeteria Sihat (KS/1KKM) ke Jabatan Kesihatan Negeri/ Wilayah Persekutuan yang berdekatan (untuk perhatian: Pegawai Sains (Pemakanan) Negeri).selain itu ,di kafeteria hospital ampang ini banyak makanan yang menjaga kesihatan dan pelbagai menu juga yang di tawarkan di sini seperti nasi berlauk, masakan panas dan ai juga mempunyai perbagai gerai kecil yang menjual makan seperti roti canai ,nasi ayam dan  banyak lagi.




Lauk pauk yang terdapat di kafeteria hospital ampang ini mempunyai banyak pilihan dan banyak jenis pilihan makanan terdapat disini .selain itu , keadaan kafeteria di hospital ampang ini amat bersih dan persekitaranya yang tenang dan suasana yang aman 





Selain itu, bukan sahaja adanya masakan berlauk ianya juga menawarkan pelbagai makan seperti nasi lemak dan lain lain ,Bagi perlawat yang datang melawat persakit  kemudahan di sini untuk mencari makanan yang bersih dan sihat untuk di makan .




KANTIN SEKOLAH:-








Assalammualaikum saya telah pergi ke kantin sekolah yang berdekatan dengan kawasan saya menetap.Tujuan saya ke kantin sekolah ini untuk mengetahui cara cara penyediaan makanan dan melihat suasana di  kantin ini.Kantin sekolah yang bersih dan ceria memberi keselesaan dan keyakinan kepada seluruh warga sekolah untuk menikmati hidangan dengan lebih menyelerakan dan yakin akan keselamatannya. Oleh itu, usaha menjadikan kantin sebuah tempat yang bersih amat wajar. Selain itu, kebersihan dan keceriaan kantin melambangkan kesepaduan hati dan kerjasama dalam kalangan seluruh warga sekolah.

William H. Roe dalam Pengurusan 
Sekolahnya, iaitu:
Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar memilih makanan yang baik atau sihat,
Menggalakkan kebersihan dan kesihatan,Menyediakan bantuan dalam mengajar 
pemakanan sebenar,Menekankan kesopanan dalam masyarakat, bekerja dan hidup 
bersama,Menunjukkan kewujudan koordinasi antara pertanian dan industri,Menekankan 
penggunaan tata cara yang betul dan sesuai dengan masyarakat yang ada,
Menyediakan gambaran pengurusan yang baik dan praktikal,Membantu pertumbuhan dan 
kesihatan pelajar dengan menyediakan makanan yang sihat, berkhasiat dan praktikal,
Elakkan membeli makanan yang tidak boleh diambil kira untuk kebersihan dan kesihatan.
Fungsi kafeteria sekolah, iaitu:
Sebagai tempat untuk bercakap tentang pelajaran di sekolah, dan di mana untuk 
menunggu apabila terdapat jam kosong. Galakkan pelajar memilih diet yang mencukupi 
dan seimbang,Untuk menyediakan pembelajaran sosial kepada pelajar,Tunjukkan pelajar
bahawa faktor emosi memberi kesan kepada kesihatan seseorang,Menyediakan bantuan
dalam mengajar pemakanan sebenar,Program kafeteria sekolah harus dilihat sebagai
sebahagian daripada keseluruhan program sekolah.
Dalam menganjurkan atau menubuhkan kafeteria sekolah yang baik perlu memberi
perhatian kepada perkara berikut:
Kafeteria sekolah tidak boleh dilihat sebagai penciptaan keuntungan di sekolah,
Kakitangan kafeteria harus bertanggungjawab terhadap makanan yang berkhasiat dan 
menarik, serta memastikan selera pembeli,Harga makanan dan minuman sepatutnya 
dapat dicapai oleh kuasa beli pelajar,Memberi makan dan menyajikan makanan 
haruslah memadai dan cepat,Bangunan atau bilik kantin harus strategik kerana ia akan 
memberi kesan besar kepada keberkesanan dan penyelarasan operasi program kantin,
Menyediakan dasar kewangan (korting) boleh menggalakkan pembangunan program 
kafeteria, kerana ia dapat menarik pembeli,Program kantin harus mengimbangi antara 
kapasiti makanan dan harga, serta nutrisi.



makanan di kantinKantin ini menjual pelbagai  makan seperti nasi lemak ,nasi berlauk ,dan kuih muih.selain itu suasana dan tema kantin tersebut amat bagus kerana ia menampil kan suasana yang ceria  dan tema yang menarik perhatian murid-murid di sekolah ini untuk menjamu selera di kantin ini.kantin ini juga memberi perkongsian tentang ilmu pengetahuan  kerana ianya menampal artikel dan sejarah yang berkait rapat mengenai pembelajaran di sekolah .




TEMPAT MENAWARKAN PERHIDMATAN MAKANAN

                                            HAI ASSALAMMUALAIKUM SAYA ASYRAF BIN SAHRUDDIN .SAYA ADALAH PELAJAR MSU COLLEGE SHAH ALA...